PENGUMUMAN

 

Aktiviti Sepanjang Januari 2012

Latihan Kawad Kaki ILDAS sempena Perarakan Maulidur Rasul 1433H

 

"Teruskan dengan semangat 5S anda"

 

"Gotong - Royong 5S akan diadakan pada 27 Januari 2012"

PAUTAN

PENSIJILAN

E-MAIL JAIS

GALERI GAMBAR

  • Suasana Semasa Seminar berlangsung
  • Photo Title 2
INSTITUT LATIHAN DAN DAKWAH SELANGOR

Institut Latihan Dan Dakwah Selangor (ILDAS) merupakan sebuah institusi latihan yang ditubuhkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor. Institut ini mula beroperasi pada tahun 1995 di Pekan Sabak Bernam dan ia dikenali sebagai Pusat Dakwah Selangor (PDS). Pada 20 Mei 2000 PDS telah memindahkan operasinya ke bangunan baru di Bandar Ilmu Sungai Lang Sabak Bernam, Selangor dengan nama Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS). Majlis perasmian ILDAS telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan, Pemangku Sultan Selangor ketika itu pada 25 November 2000.

Sejak ditubuhkan hingga ke hari ini, ILDAS terus konsisten dengan program kursus dan latihan dengan meletakkan sasaran peserta dari kalangan kakitangan JAIS mahupun orang awam. Kursus-kursus ini dilaksanakan melalui penubuhan 5 pusat latihan pengurusan yang bertanggungjawab sebagai urus setia kursus iaitu Pusat Latihan Pengurusan Am, Pusat Latihan Pengurusan Pendidikan Islam, Pusat Latihan Pengurusan Dakwah, Pusat Latihan Pengurusan Teknologi Maklumat dan Pusat Latihan Pengurusan Masjid.

Semua kursus yang dijalankan oleh ILDAS berdasarkan kepada modul-modul yang disediakan bagi tujuan melatih kakitangan JAIS yang berjaya, progresif, dinamik dan diredhai Allah S.W.T di samping bagi memastikan pencapaian visi, misi dan objektif yang telah disasarkan.

 

DASAR LATIHAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)

 

  1. Menbangunkan dan melahirkan warga jabatan yang kompeten melalui struktur dan skim latihan yang komprehensif dan holistik secara berterusan sepanjang perkhidmatan.

  2. Menyediakan peluang peningkatan dan pengukuhan keupayaan warga jabatan melalui latihan dan latihan semula berasaskan keperluan jabatan sekurang – kurangnya 7 hari setahun.

  3. Menyediakan peluang latihan kepada warga jabatan yang mempunyai bakat, potensi dan daya kepimpinan bagi mewujudkan kepimpinan berkaliber, amanah dan berdaya saing.

  4. Melahirkan warga jabatan yang berkebolehan dalam pelbagai aspek kehidupan dan kemahiran.

 

 

 

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

WAKTU SEKARANG

ILDAS

JUMLAH PELAWAT

SIAPA DI TALIAN

We have 13 guests online

RENUNGAN

"Wahai orang beriman! Sesungguhnya ARAK, Berjudi, (Berkorban Untuk) Berhala dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan, Maka Jauhilah (Perbuatan - perbuatan) itu agar kamu beruntung"- Al - Maidah - 90